Sunday, June 12, 2011

Friday, June 10, 2011

Salam perkenalan..



Saya dilahirkan di sebuah kampung di hujung sebuah negeri di bawah bayu, dengan kata lain negeri Sabah. Mula mengenali dunia daripada sekolah rendah di SK Batu 4, Tawau.. Saya masih ingat lagi seorang guru saya iaitu Cikgu Suzanna.. Tapi tak tahu mana dia sekarang.. Last jumpa dia masa lepas dapat result SPM tahun 2001.



Meneruskan pembelajaran di SMK Jalan Apas, Tawau sehingga Tingkatan 3. Macam-macam benda yang jadi masa kat sekolah ni.. Biasala budak baru nak kenal dunia. Masa tu kalau tak silap tahun 1997-1999. Tahun 200o0 mula berpindah ke SMK Kinabutan. Sekolah ni bukannya jauh sangat dari sekolah asal, tapi sebab nak ambik Sains masa tu, kena lah pindah sekolah lain.. Beriya je ambik bidang sains, skali SPM hampeh semua.. Punya frust, tulah, nakal sangat.

Dah habis zaman sekolah menengah.. Pas SPM mcm biasala, duduk rumah mengelamun. Bosan duduk rumah pegilah cari keja part time. Duduk rumah saja boleh gila di buatnya. Macam-macam keja yang di buat. Bila dah dapat result SPM, dah mula fikir nak g mana pasni. Huh.. tulah, masa skolah xnak blaja betul-betul. So, kesimpulannya, ambik STPM. Huh.. tough tu. Tapi lepas bincang-bincang dengan family, ni la yang terbaik setakat ini.

So ambik STPM dekat SMK Tawau, salah sebuah Sekolah Harapan Negara masa tu. Bangga juga dapat masuk sekolah macam ni. Suasana belajar STPM dengan SPM memang lain.. Rasa macam dewasa sangat kat sekolah tu. Environment pun lain daripada biasa. Alhamdulillah, berkat usaha, tunjuk ajar guru-guru dan doa ibu bapa, result yang keluar amat membanggakan. Tak sangka!

So nak dijadikan cerita, saya pun dapat offer study dekat UKM. Masa isi borang tu, kos yang last skali tu memang pilihan terakhir. Tapi biasanya memang itulah yang kita dapat. Haha.. Kos Multimedia, bila servay2 rasanya kos ni takdalah teruk sangat. Market value pun ok apa. So, sambung jelah. Rasanya tu jelah kot untuk bahagian pendidikan..



Kalau ada mood lagi nak tulis, maybe akan sambung lagi dikemudian hari.. Request anda akan dilayan.. Chaw....

Just the begining...

As-salam..